I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, April 26, 2011

Andai LeLaKi TaHu

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda

SeGaGaH-GaGaH LeLaKi BeLuM TeNtU MaMpU MeNgaLaS SeBuAh KeLaHiRaN

Kalau boleh biar abang sahaja yang bersalin. Biar abang yang tanggung kesakitan ini” kata saya sambil menatap wajah isteri. Dengan tujuan untuk menenang dan menghiburkannya.

“Ish.. Abang ni.” katanya sambil tersenyum. Nampak kepayahan pada wajahna.

Moga “lawak cerdik” serba sedikit dapat menghiburkan hatinya.

Jam menunjukkan pukul 5 petang. Maknanya sudah kira-kira dua jam isteri saya ditahan di wad selepas membuat pemeriksaan kira-kira jam 2 petang tadi…

Sesudah mununuikan solat Asar, saya berlegar di ruang menunggu bilik bersalin. Sejujurnga, saya sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana sekiranya “lelaki” yang mengalaminya.

Lelaki mengandung dan bersalin: mustahil! Memang mustahil! Sebab itulah Allah hanya mengurniakan nikmat bersalin kepada kaum Hawa sahaja.

Saya tidak dapat bayangkan tubuh badan lelaki sekiranya mereka mengandung! Aduh, hodohnya! Mungkin inilah antara hikmahnya kenapa lelaki tidak boleh mengandung. Kalau tidak, tentu ramai lelaki berperut boroi tidak dapat dibezakan dengan “lelaki mengandung”.

Bagaimana pula dengan “mabuk mengandung”? Mampukah “lelaki mengandung” menghadapinya? Saya rasa tidak. Cuba bayangkan “lelaki mengandung” mengalami loya dan muntah-muntah… Aduh, tidak dapat bayangkan seorang lelaki yang berbadan sasa mengadu loya-loya dan muntah-muntah.

Sesungguhnya wanita begitu “gagah” untuk menghadapinya. Segagah-gagah lelaki, belum tentu mampu untuk menahan derita siang malam membawa kandungan yang berat ke mana-mana sahaja selama 9 bulan.

Bagaimanakah pula agaknya “lelaki mengandung” tadi hendak menghadapi saat-saat kelahiran? Tentu kecoh satu hospital dibuatnya! Mana tidaknya, jika terdengar suara garau menangis dan menjerit! Anak yang di dalam kandungan pun boleh terkejut tidak jadi keluar dibuatnya.

Doktor yang akan membidankan pula tentulah doktor lelaki yang gagah perkasa. Begitu juga dengan jururawat yang membantu. Lebih-lebih lagi jika “bapa mengandung” tadi berbadan sasa seperti ahli gusti. Paling tidak, doktor dan jururawat tadi mestilah seperti Hulk. Jika tidak, dikhuatiri doktor tadi tercampak ke dinding sebelum sempat menyambut kelahiran bayi

Cuba bayangkan lelaki sesasa Arnold Susahnakeja mengandung. Siapakah doktor yang sanggup membidankannya?

Begitu besar hikmahnya Allah menjadikan setiap sesuatu! Subhanallah!

“Encik, encik boleh masuk sekarang,” sapa seorang jururawat di Gombak Medical Centre, mematikan lamunan saya.

Jam menunjukkan pukul 9 malam. “Oh, lama juga aku mengelamun”, kata saya sambil melangkah ke bilik bersalin yang menempatkan isteri saya.

Kira-kira jam 11 malam, maka lahirlah seorang lagi waris saya, sambil diiringi azan dan iqamat.

“Eh, anak kita tiada gigi”, kata saya kepada isteri saya. Dia hanya tersenyum keletihan selepas melahirkan. Sekali lagi “lawak cerdik” untuk menghilangkan keletihannya.

Segagah-gagah lelaki, belum tentu mampu menanggung sebuah kelahiran. Namun selemah-lemah dan selembut-lembut wanita, begitu tabah menanggung 9 bulan kehamilan dan menggalas sebuah kelahiran.

Anugerah Allah begitu agung, tidak terjangkau dek pemikiran manusia.

Eh… Bagaimana pula agaknya kalau “bapa berpantang”? Memakan jamu?Memakai bekung? Menyusukan anak?!!

Fikirlah sendiri! Saya tidak “tergamak” membayangkannya!


p/s: kepada Para Lelaki HargaiLah Para Wanita